Jumaat, 8 April 2016

Penyakit Dialisis


Penyakit Dialisis 

Mengikut cara atau kaedah rawatan biasa (allopati), jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui.

Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan allopati hari ini telah mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi.

Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas.
Biasanya pesakit yang sudah menjalani dialisis memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk membuat satu terapi pembersihan darah dan sekurang-kurangnya dialisis hendaklah dibuat 3 kali dalam seminggu. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya.
Di Pusat-Pusat Dialisis Swasta ianya memerlukan sekurang-kurang RM 300 hingga RM 400 untuk sekali membuat dialisis.
Untuk satu bulan rawatan dialisis pesakit memerlukan sekurang-kurang RM 1,000.00

Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.


Buah Pinggang Tanda Awal Dan Rawatan

Tanda-tanda awal penyakit buah pinggang dan cara mencegah

  • -Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
  • -Darah keluar bersama-sama air kencing.
  • -Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
  • -Sakit belakang.
  • -Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.






  • Fungsi Dan Risiko Buah Pinggang


    Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus


    Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

    Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

    Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.
    -Bengkak pada kaki.
Pemindahan buah pinggang

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan kesakitan buah pinggang.